Tuesday 15 April 2014

2nd Parish Youth Gathering



Parish Youth Gathering (PYG) - 23 Feb 2014 telah diadakan untuk kali keduanya. Tema PYG2 kali ini adalah “Love is Cinta”. Tema yang mengujakan ini telah dicadangkan oleh Tim Belia bagi menghangatkan lagi suasana dan topic perkongsian/perbincangan pada hari tersebut. Para peserta telah diberikan 8 soalan diawal program tersebut :-
  1. Adakah anda pernah bercinta?
  2. Berapa usia anda mula bercinta?
  3. Apa erti cinta dalam ber”couple”?
  4. Bilakah/berapa usia yang sesuai untuk bercinta?
  5. Apakah bahan cerita semasa ber”dating”?
  6. Adakah sesuai bercinta semasa masih bersekolah/belajar?
  7. Adakah anda harus bercinta?
  8. Apakah pemahaman anda tentang sex?

Soalan-soalan yang cukup hangat bukan?.. Topik perbincangan kali ini dibahagikan kepada 2 peringkat umur dan dipisahkan mengikut jantina. Ternyata para peserta memberikan pendapat yang berbeza-beza dan cukup meguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Mereka juga cukup spontan dan berfikiran terbuka untuk memberi perkongsian mereka tentang perbincangan di dalam kumpulan.

                Setelah selesai sesi perkongsian, Tim penganjur juga telah menjemput penceramah istimewa iaitu Pak Yakobus untuk memberikan sedikit sebanyak pendedahan akan “Kontak Jodoh”. Beliau menyatakan bahawa kita sebagai umat Katolik memerlukan cinta kerana Tuhan Yesus sendiri menitikberat akan cinta kasih sesama manusia. Beliau turut menyatakan bahawa usia yang ideal untuk bercinta adalah pada usia 18 tahun dan keatas. Lazimnya jarang yang serius bercinta sewaktu berumur 17 tahun kebawah. Bagi yang  bercinta pada usai 17 tahun hanya untuk mencuba atau eksperimen.


                Tidak dinafikan bahawa banyak ibubapa yang risau akan hubungan anak-anak mereka. Oleh itu, Pak Yakobus menyarankan untuk mendapat kebenaran daripada ibubapa dengan membawa pasangan mereka sewaktu menyambut hari lahir. Berkaitan soalan terakhir, beliau bersetuju bahawa ianya hanya boleh dilakukan apabila pasangan tersebut sah berkahwin. Slot yang terakhir adalah sesi bagi para peserta untuk melakonkan sketsa.
Tajuk-tajuk sketsa tersebut adalah :
  • Cinta terlarang
  • Cinta perasan
  • Cinta online
  • Cinta monyet 
  • Cinta suci

Para belia diberikan peluang untuk menunjukkan talenta mereka dan slot ini merupakan slot yang cukup meriah dan menghiburkan.    


Untuk menghargai jasa baik Pak Yakobus, diakhir PYG2 kali ini belia telah memberikan Cenderahati kepada Pak Yakobus diatas keprihatinan belia untuk meluangkan masa bersama belia kali ini...

Gambar penyerahan CenderaKenangan kepada Pak Yakobus

No comments: