Wednesday 23 April 2014

3rd Parish Youth Gathering



St.Dominic Lahad Datu, Pada 13 April 2014 PYG yang ke-3 telah berlangsung selama lebih kurang 4 jam dan kali ini bertemakan tema Hari Belia Sedunia iaitu " Blessed are the poor in spirit, for theirs is the kingdom of heaven." (Mt 5:3). Program kali berjalan dengan baik sekali dan saudari Maureen bertugas sebagai MC of the day..





    Setelah program dibuka dengan beberapa lagu "action song" dan kegirangan masih terpancar dari muka para belia yang hadir, saudara Farnandes meneruskan program dengan pengenalan kepada Tim Kerasulan Belia Paroki yang baru diutus pada hari tersebut.



Sesi seterusnya adalah "Kingdom of God", dan sesi ini telah dibawa oleh saudara Bimbing. Didalam sesi ini saudara bimbing mengongsikan pengalamnya selama ini yang mana dia juga pernah menjadi seorang belia dan bagaimana dia memahami erti dan dimana sebenarnya Kerajaan Syurga ini, tanpa sesi ini para belia yang hadir mungkin tidak dapat memahami apa erti tema Hari Belia Sedunia pada tahun ini.



    Setelah iman para belia ditambahkan lagi di dalam sesi saudara Bimbing, program diteruskan dengan "Praise and Worship". Kali ini para belia sangat bertuah dengan kehadiran Kelompok Doa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama belia. Melalui lagu-lagu pujian yang dinyanyi kan bersama-sama jelas kelihatan iman para belia yang hadir semakin bertumbuh.


Praise & Worship

Praise & Worship


    Selesai memuji Tuhan, PYG yang ke-3 ini diteruskan dengan merenung Firman Tuhan didalam sesi "Bible Sharing". Saudara Raynel telah mengendalikan  sesi ini dan memberi beberapa petikan yang berlainan untuk setiap kumpulan untuk direnungkan dan dikongsikan.

Perkongsian Alkitab

    Akhir sekali setelah mengenali Kerajaan Syurga kemudian memuji Tuhan serta merenung Firman Tuhan tiba lah saatnya sesi "Reconciliation" atau juga dikenali sebagai Perdamaian. Sesi yang dikendalikan oleh saudari Aleng ini sangat-sangat memberi peluang kepada para belia untuk menenangkan serta mendamaikan hati kepada keluarga, sahabat, komuniti dan pelayanan.


Sesi Reconciliation



Gambar bersama diakir program

No comments: